Saturday, March 29, 2008

Wanita dan Hak kesamaan

Selawat dan salam bagi Junjungan mulia,Muhammad S.A.W...yang mencintai umatnya melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anak yang dikandung selama 8 bulan 10 hari,yang basah bibirnya menyebut "Ummati,Ummati,Ummati.." dihujung kewafatannya.Semoga ALLAH memasukkan kita kedalam syurgaNYA dengam syafaat Muhammad S.A.W.

seringkali kita mendengar segelintir wanita melaung2 kan tuntutan Hak kesamaan diantara lelaki dan perempuan.Golongan ini merasakan pembahagian hak diantara lelaki dan perempuan didalam Islam adalah tidak adil dan lebih berat sebelah.Berbekalkan sedikit pencapaian akademik dan sedikit kejayaan dalam bidang profesional,golongan ini merasakan mereka lebih bijak dan mempunyai lebih AUTHORITY dari apa yang digazetkan oleh ALLAH didalam AL-QURAN dan Hadis.Ada diantara mereka yang menyatakan mereka tidak menentang apa yang ditetapkan didalam AL-Quran dan Hadis tetapi mereka mempersoalkan tafsiran yang dilakukan oleh para Ulama' yang kebanyakannya adalah lelaki.Mereka merasakan terdapat 'bias' didalam tafsiran dan penetapan syariah yang digariskan.

Golongan ini menuntut Hak kesamaan diantara lelaki dan perempuan.Perlu dijelaskan didalam Islam tidak terdapat tempat bagi 'equality' tetapi apa yang ditekankan ialah 'ADIL'. Sewaktu di bangku sekolah,saya tertanya2 mengapakah kami diwajibkan untuk menghafal definisi 'ADIL'...bukankah adil dan samarata adalah sama? jawapannya adalah TIDAK!!!.
Definisi ADIL : Meletakkan sesuatu pada tempatnya, manakala definisi bagi 'samarata' ialah kesamaan dari semua segi ataupun equality.
Jika benar kita mahu memperjuangkan apa yang kita panggil sebagai 'gender equality' maka mengapa kita mengasingkan pertandingan diantara lelaki dan perempuan didalam sukan OLYMPIC...?! ini kerana kemampuan diantara lelaki dan perempuan dari segi biologi berbeza.
Rekod lumba lari 100 meter bagi lelaki didalam OLYMPIC adalah 9.7 saat berbanding perempuan 10.8 saat, rekod catatan masa tercorot bagi lelaki dalam OLYMPIC ialah 10.35 saat.Bukankah satu perbezaan yang sangat ketara??

Jika masih terdapat golongan yang memperjuangkan Hak samarata maka pada suatu hari nanti pasti ada dialog begini berlaku ; seorang isteri berkata kepada suaminya "Bang,tahun lepas saya dah mengandungkan anak kita..tahun ni abang mengandung pulak ye...letihla bawak perut besor kesana kesini,dahla beranak sakit...".Seorang suami walau bagaimana sayang pun kepada isterinya hatta menangis air mata darah pun pasti tidak akan dapat mengandungkan anak mereka kerana perbezaan dari segi struktur dan fungsi biologi.Sebagai timbal balik diatas pengorbanan si isteri ALLAH telah mewajibkan sang suami untuk bekerja dan mencari nafkah untuk isteri dan anaknya.Tidak adilkah ISLAM?

Diantara isu yang sering dipersoalkan ialah hak perwarisan,mereka mempersoalkan mengapa perempuan hanya mendapat satu bahagian sedangkan lelaki mendapat dua bahagian daripada harta warisan ibu bapa.Penjelasannya ialah apabila lelaki mendapat harta warisan tersebut,mereka mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa,anak,adik beradik dan isteri.Sedangkan seorang wanita apabila mendapat harta tersebut tidak mempunyai tangungjawab seperti lelaki dah harta tersebut adalah haknya secara mutlak.Tidak adilkah ISLAM?

Rasulullah telah diutuskan oleh Rabbul Alamin kepada umat manusia untuk membawa kemaslahatan dan rahmat kepada sekalian alam.


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ

"Dan tidaklah aku utus engkau wahai Muhammad kecuali untuk menjadi ramat bagi sekalian alam" Anbiya'(107)

Sebelum kedatangan Islam dan Rasulullah S.A.W,wanita bukan sahaja tidak mendapat satu bahagian dari harta ibu bapa malah mereka adalah harta yang boleh diwariskan kepada waris.wanita dinafikan hak mereka malah hanya menjadi seperti barang yang boleh dijual beli.
Islam telah memberikan hak yang sama didalam pendidikan dan pengetahuan diantara lelaki dan perempuan.Sepatutnya lelaki dan perempuan menjadi pembantu diantara satu sama lain dan bukannya menjadi musuh kerana mereka saling memerlukan.Marilah kita sama2 patuh kepada ALQURAN dan HADIS secara sepenuhnya dan rela hati.



فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىَ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيمًا

"Maka demi Tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya." An-nisa' (65)

sebagai penutup marilah kita sama2 merenung sepotong ayat dari ALQURAN:


وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ

"Mu'min lelaki dan perempuan merupakan pelindung diantara satu sama lain,membantu didalam mengajak kebaikan dan menghalang kemungkaran" Taubah (71)