Monday, September 1, 2008

Menyapa Ramadhan

ALHAMDULILLAH, kita telah disampaikan oleh ALLAH kepada bulan RAMADHAN yang mulia yang mana kita telah diajar oleh AR-RASUL untuk berdoa supaya disampaikan kepada bulan Mubarak ini.Para sahabat ketika tiba pada bulan Rejab dan Sya'ban akan berdoa dengan doa "ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN".

Adalah penting bagi kita untuk berkenalan dengan Ramadhan agar kita dapat menjalani Ramadhan dengan baik seperti yang dituntut AR-RASUL S.A.W.

Puasa dalam bahasa arab disebut "as-shiaam" iaitu menahan diri.Manakala dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara -perkara yang membatalkan dengan niat orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Asal dinamakan Ramadhan diambil dari kata dasar "Ar Ramadu" yang membawa dua pengertian :

Pertama:memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan dalam taqwim Qamariah,kebanyakan jazirah Arab berada dalam keadaan yang teramat panas dan bahang.

Kedua:Ada juga sesetangah pendapat yang menyatakan Ramadhan dapat menghapuskan atau meleburkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dimana bulan ini dileburjan nafsu Syaitaniah,dileburkan keegoan bagi menghayati sifat-sifat kehambaan agar manusia yang lahir dari tarbiah Ramadhan ini memang benar-benar menjadi manusia yang manusiawi sifatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada ALLAH,akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).