Monday, September 1, 2008

Menyapa Ramadhan

ALHAMDULILLAH, kita telah disampaikan oleh ALLAH kepada bulan RAMADHAN yang mulia yang mana kita telah diajar oleh AR-RASUL untuk berdoa supaya disampaikan kepada bulan Mubarak ini.Para sahabat ketika tiba pada bulan Rejab dan Sya'ban akan berdoa dengan doa "ALLAHUMMA BALLIGHNA RAMADHAN".

Adalah penting bagi kita untuk berkenalan dengan Ramadhan agar kita dapat menjalani Ramadhan dengan baik seperti yang dituntut AR-RASUL S.A.W.

Puasa dalam bahasa arab disebut "as-shiaam" iaitu menahan diri.Manakala dari segi istilah ialah menahan diri dari perkara -perkara yang membatalkan dengan niat orang yang diwajibkan berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Asal dinamakan Ramadhan diambil dari kata dasar "Ar Ramadu" yang membawa dua pengertian :

Pertama:memberi makna sangat panas atau membakar kerana pada masa dahulu apabila tiba bulan yang kesembilan dalam taqwim Qamariah,kebanyakan jazirah Arab berada dalam keadaan yang teramat panas dan bahang.

Kedua:Ada juga sesetangah pendapat yang menyatakan Ramadhan dapat menghapuskan atau meleburkan dosa-dosa yang kita telah lakukan dimana bulan ini dileburjan nafsu Syaitaniah,dileburkan keegoan bagi menghayati sifat-sifat kehambaan agar manusia yang lahir dari tarbiah Ramadhan ini memang benar-benar menjadi manusia yang manusiawi sifatnya.

Rasulullah s.a.w bersabda "Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada ALLAH,akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu".(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wednesday, August 27, 2008

Kalam hati memulakan bicara

It has been quite some time since my "keen" post(maksudnye x secare terpaksa).
Manusia,Insan,An-naas kesemuanya membawa maksud yang sama dan berasal dari perkataan yang sama iaitu 'LUPA'.Secara bahasanya berasal dari perkataan NASIYA (perkataan insan merupakan masdar kepada NASIYA).Ia merupakan satu perkara yang lumrah bagi manusia termasuk yang sedang menulis ini.

Sebagai orang yang beriman kita lebih mudah beriman ketika merasakan mendapat nikmat berbanding ketika kita mendapat kesusahan atau musibah.Kita merasakan kita ini lebih disayangi oleh ALLAH jika mendapat apa yang kita hajati berbanding ketika mendapat musibah.Iman kita waktu ini akan meningkat secara mendadak dan merasa lebih dekat kepada ALLAH dan lazimnya pabila perkara sebaliknya berlaku kita akan merasa jauh dari ALLAH dan merasakan IMAN kita menurun.Ketahuilah wahai diri ini sesungguhnya ALLAH telah berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَىٰ حَرْفٍ ۖ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ ۖ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَىٰ وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِين١١




Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.(ALHAJJ-11)

Saya mengajak diri saya untuk berfirman kepada ALLAH diwaktu susah dan senang,suka dan duka.

Friday, August 22, 2008

2nD

Mmm..this week did'nt start very well,i got fever n was not feeling very well for past couple few days.

Non-academic account:to be more consistent in being a better muslim
Strength:getting knowledge from people around me
Weakness:as usual Nafs
Oppoturnity:being in Majlis ilmu
Threat:
lack of time

Academic account:To get A for my next weekly assessment
Strength:study group
Weakness:not-so good time management
Oppoturnity:Group reflection
Threat:
time wasting

Sunday, August 17, 2008

The journey begin.

It has been a week since i officially become CUCMS's medical student.I haven't write anything for past few months due to technical problem(lost my laptop to be more specific).This is my first step for the life-long journey as a future medical practitioner,may ALLAH always help n bless me along the way.without further due i would like to introduce the new format of my blog.

Non-academic account:
GOAL:To be a better worshipper of RABB
Strength:good people around me
Weekness:Nafs
Oppoturnity:Halaqah
Threat:enjoyment

Academic account:
GOAL:To excel in my next weekly assesment
Strength:trillion of brain cells
Weekness:lazy-ness
Oppoturnity:group discussion
Threat:not-so proper time management


Tuesday, May 27, 2008

New day of the week

Today is my first day for the week after the last weekend(although the time shows that it's already tuesday),i was just about to sleep when i suddenly got the "zouk" (desire) to write new entry.Just finished my responsibility and now worrying about my mom who's going to undergo minor operation tomorrow.Praying for the best and hope there is not going to be any complication during the procedure.ALLAH YUSHFIEHA.

Sunday, May 11, 2008

Ahlan wa sahlan ila CUCMS; Pemuda Kahfi dan waqi' semasa

Assalamualaikum

selawat dan salam kepada pembawa rahmat ke sekelian alam,MUHAMMAD S.A.W

sebelum terlambat saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban kepada pelajar May intake foundation CUCMS.semoga kedatangan ke CUCMS akan lebih membawa makna kepada kami.



kelakar + pelik,camne boleh jadi MC waktu dgn im utk performance May intake.Terpaksa merepek....ape2 pun Alhamdulillah semua berjalan seperti yg diharap walaupun ade sedikit masalah teknikal berlaku.



sudah lama rasenye tak publish ape2 utk blog yg gersang ini penangan exam final aritu..

ketika melihat pelajar intake May yang bersemangat utk meneruskan perjalanan hidup di CUCMS,saya teringat sewaktu saya baru memasuki kolej dgn membawa seribu satu harapan.

semoga harapan yg dibawa akan terlaksana dan menjadi satu amalan hasanah di sisi Allah.

Robbana,tawakkalna alaik..tiada pergantungan selain kepada KAU.



pelajar pada zaman kini sering dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan contamination bendasing2 luar.Jika tidak selalu diingatkan akan terlalai dan perkara yg dulunye dirasekan berdosa akan biasa (reflect kat diri sendiri).



saya teringat pada satu kisah agung yang dinukilkan oleh Allah didalam Alquran tentang sekumpulan manusia agung.Tidaklah mereka ni diagungkan kerana mereka ini adalah hebat disisi manusia tetapi mereka ni agung kerana mereka sanggup mempertahankan iman mereka kepada tuhan yag satu walaupun terpaksa mengorbankan semuanya.

Allah telah berfirman:

 أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا عَجَبًا (٩) إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا (١٠) فَضَرَبۡنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمۡ فِى ٱلۡكَهۡفِ سِنِينَ عَدَدً۬ا (١١) ثُمَّ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِنَعۡلَمَ أَىُّ ٱلۡحِزۡبَيۡنِ أَحۡصَىٰ لِمَا لَبِثُوٓاْ أَمَدً۬ا (١٢) نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى (١٣) وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذً۬ا شَطَطًا (١٤


[9]Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? [10](Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". [11]Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. [12]Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). [13]Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [14]Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Pada ayat 9 surah ini Allah telah menceritakan bagaimana kisah ashabul kahfi merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah,Allah telah mengunakan perkataan "Ashabul kahfi" didalam ayat tersebut untuk menceritakan golongan tersebut.Manakala Allah telah memperihalkan bahawa golongan yang disebut merupakan sekumpulan orang muda.Menurut bahasa arab,adalah tidak perlu untuk memprihalkan golongan yang disebut didalam ayat diatas kerana Allah telah memberitahu bahawa golongan tersebut merupakan "golongan gua".Ayat tersebut menunjukkan betapa Allah mahu menerangkan mengenai golongan fityah tersebut.Kita tertanya2 mengapa Allah menggunakan perkataan Fityah?!,kenapa tidak Syabab atau pun Rijal yang membawa maksud yang hampir sama.Ulama' menyebut bahawa perkataan Fityah yang digunakan membawa maksud besar dan tersendiri,ia tidak boleh ditukar ganti dengan perkataan lain.Jika kita melihat didalam kamus Lisanul Arab,Fityah membawa maksud sekumpulan ADULT yang mana mereka mempunyai pendirian yang teguh,identiti yang teguh/konsisten dan visi yang jelas.

Perkara ini dapat dilihat dari tindakan mereka melarikan diri dari kampung halaman mereka dengan meninggalkan segala apa yang mereka miliki demi menjaga akidah mereka dari pemerintah zalim yang memaksa mereka untuk menyembahnya.Keluarga,harta dan kesenangan menjadi cagaran bagi manyelamatkan akidah mereka.Saya tertanya-tanya adakah kita akan dapat melakukan perkara yang sama demi menyelamatkan akidah kita jika perkara sebegini berlaku keatas kita ?.....

Didalam ayat 13 telah diterangkan bahawa golongan fityah ini telah ditambah hidayah petunjuk oleh Allah lantaran usaha mereka untuk mengekalkan akidah mereka dari dicemari.Mari kita renung ayat ini,Allah hanya menambah hidayah petunjuk bagi mereka selepas mereka telah menunjukkan effort mereka untuk menjaga akidah mereka.Ayat ini secara tidak langsung telah menempelak segolongan manusia yang akan memberi alasan menunggu "pintu hati terbuka" apabila diajak kepada untuk meninggalkan kejahatan atau diajak melakukan kebaikan.Ketahuilah bahawa Hidayah Allah tidak jatuh secara tiba-tiba dari langit tanpa sebarang usaha!!!.

Natijah dari Hidayah yang telah mereka terima Allah telah menetapkan hati (dengan kekuatan dan kesabaran) mereka ketika mereka bangkit untuk menegaskan pendirian akidah mereka kepada kaum mereka.

Marilah kita sama2 mengambil sebanyak mana iktibar dari kisah golongan agung yang telah dibukilkan secara eksklusif didalam Al-quran didalam menyelusuri hidup ini.WALLAHU A'LAM.

Sunday, April 6, 2008

Santai dalam kenangan..



Salam pertemuan..

Alhamdulillah...dapat pergi tuisyen chem dgn auntie zue pagi tadi (jazakillahu khair auntie zue sbb sudi ajar anak murid lama niw).Hari ni kene la studi skit sbb smalam dah berlibur dkat Alamanda n mines.smalam masa kat mines,sedang menunggu giliran nak solat(sbb penuh surau) terdengar sekumpulan pak arab 'bising' sbb orang msia bace doa lpas solat (kebiasaan bg mereka tidak membace doa secara berjamaah lpas solat) krane mreka merasekan waktu sudah suntuk.saya dgn selambenye menjawab;takde masalah..waktu ade baki sejam lagi seblum isya' masuk..ak arab tu pon terkezut sbb ingat org msia tak paham diorang tgh bising kat org msia.. dan seperti biasa mrk akan tanye soalan rutin; aina ta'allamta lughatul arabiah?..dan jwabannye seperti biase ialah ;Yaman...Teringat plak kenangan di yaman,bumi yg disebut dalam hadis sahih "bumi iman dan hikmah".semoga telah mendapat iman dan hikmah dari sane..

[kota ma'arib (kerajaan puteri balqis)]