Sunday, May 11, 2008

Ahlan wa sahlan ila CUCMS; Pemuda Kahfi dan waqi' semasa

Assalamualaikum

selawat dan salam kepada pembawa rahmat ke sekelian alam,MUHAMMAD S.A.W

sebelum terlambat saya ingin mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban kepada pelajar May intake foundation CUCMS.semoga kedatangan ke CUCMS akan lebih membawa makna kepada kami.



kelakar + pelik,camne boleh jadi MC waktu dgn im utk performance May intake.Terpaksa merepek....ape2 pun Alhamdulillah semua berjalan seperti yg diharap walaupun ade sedikit masalah teknikal berlaku.



sudah lama rasenye tak publish ape2 utk blog yg gersang ini penangan exam final aritu..

ketika melihat pelajar intake May yang bersemangat utk meneruskan perjalanan hidup di CUCMS,saya teringat sewaktu saya baru memasuki kolej dgn membawa seribu satu harapan.

semoga harapan yg dibawa akan terlaksana dan menjadi satu amalan hasanah di sisi Allah.

Robbana,tawakkalna alaik..tiada pergantungan selain kepada KAU.



pelajar pada zaman kini sering dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan contamination bendasing2 luar.Jika tidak selalu diingatkan akan terlalai dan perkara yg dulunye dirasekan berdosa akan biasa (reflect kat diri sendiri).



saya teringat pada satu kisah agung yang dinukilkan oleh Allah didalam Alquran tentang sekumpulan manusia agung.Tidaklah mereka ni diagungkan kerana mereka ini adalah hebat disisi manusia tetapi mereka ni agung kerana mereka sanggup mempertahankan iman mereka kepada tuhan yag satu walaupun terpaksa mengorbankan semuanya.

Allah telah berfirman:

 أَمۡ حَسِبۡتَ أَنَّ أَصۡحَـٰبَ ٱلۡكَهۡفِ وَٱلرَّقِيمِ كَانُواْ مِنۡ ءَايَـٰتِنَا عَجَبًا (٩) إِذۡ أَوَى ٱلۡفِتۡيَةُ إِلَى ٱلۡكَهۡفِ فَقَالُواْ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً۬ وَهَيِّئۡ لَنَا مِنۡ أَمۡرِنَا رَشَدً۬ا (١٠) فَضَرَبۡنَا عَلَىٰٓ ءَاذَانِهِمۡ فِى ٱلۡكَهۡفِ سِنِينَ عَدَدً۬ا (١١) ثُمَّ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِنَعۡلَمَ أَىُّ ٱلۡحِزۡبَيۡنِ أَحۡصَىٰ لِمَا لَبِثُوٓاْ أَمَدً۬ا (١٢) نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى (١٣) وَرَبَطۡنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمۡ إِذۡ قَامُواْ فَقَالُواْ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ لَن نَّدۡعُوَاْ مِن دُونِهِۦۤ إِلَـٰهً۬ا‌ۖ لَّقَدۡ قُلۡنَآ إِذً۬ا شَطَطًا (١٤


[9]Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? [10](Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami". [11]Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. [12]Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). [13]Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. [14]Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Pada ayat 9 surah ini Allah telah menceritakan bagaimana kisah ashabul kahfi merupakan salah satu bukti kekuasaan Allah,Allah telah mengunakan perkataan "Ashabul kahfi" didalam ayat tersebut untuk menceritakan golongan tersebut.Manakala Allah telah memperihalkan bahawa golongan yang disebut merupakan sekumpulan orang muda.Menurut bahasa arab,adalah tidak perlu untuk memprihalkan golongan yang disebut didalam ayat diatas kerana Allah telah memberitahu bahawa golongan tersebut merupakan "golongan gua".Ayat tersebut menunjukkan betapa Allah mahu menerangkan mengenai golongan fityah tersebut.Kita tertanya2 mengapa Allah menggunakan perkataan Fityah?!,kenapa tidak Syabab atau pun Rijal yang membawa maksud yang hampir sama.Ulama' menyebut bahawa perkataan Fityah yang digunakan membawa maksud besar dan tersendiri,ia tidak boleh ditukar ganti dengan perkataan lain.Jika kita melihat didalam kamus Lisanul Arab,Fityah membawa maksud sekumpulan ADULT yang mana mereka mempunyai pendirian yang teguh,identiti yang teguh/konsisten dan visi yang jelas.

Perkara ini dapat dilihat dari tindakan mereka melarikan diri dari kampung halaman mereka dengan meninggalkan segala apa yang mereka miliki demi menjaga akidah mereka dari pemerintah zalim yang memaksa mereka untuk menyembahnya.Keluarga,harta dan kesenangan menjadi cagaran bagi manyelamatkan akidah mereka.Saya tertanya-tanya adakah kita akan dapat melakukan perkara yang sama demi menyelamatkan akidah kita jika perkara sebegini berlaku keatas kita ?.....

Didalam ayat 13 telah diterangkan bahawa golongan fityah ini telah ditambah hidayah petunjuk oleh Allah lantaran usaha mereka untuk mengekalkan akidah mereka dari dicemari.Mari kita renung ayat ini,Allah hanya menambah hidayah petunjuk bagi mereka selepas mereka telah menunjukkan effort mereka untuk menjaga akidah mereka.Ayat ini secara tidak langsung telah menempelak segolongan manusia yang akan memberi alasan menunggu "pintu hati terbuka" apabila diajak kepada untuk meninggalkan kejahatan atau diajak melakukan kebaikan.Ketahuilah bahawa Hidayah Allah tidak jatuh secara tiba-tiba dari langit tanpa sebarang usaha!!!.

Natijah dari Hidayah yang telah mereka terima Allah telah menetapkan hati (dengan kekuatan dan kesabaran) mereka ketika mereka bangkit untuk menegaskan pendirian akidah mereka kepada kaum mereka.

Marilah kita sama2 mengambil sebanyak mana iktibar dari kisah golongan agung yang telah dibukilkan secara eksklusif didalam Al-quran didalam menyelusuri hidup ini.WALLAHU A'LAM.

1 comment:

aliar0ney said...

yep2,tepat skali,hidayah tu tak dtg bergolek, hidayah milik Allah dan kite perlu berusaha utk mendapat hidayah itu...seperti sentiasa memohon agar memperoleh hidayah itu...