Saturday, January 19, 2008

Permulaan,satu titik dalam pengakhiran

Assalamualaikum.w.b.t
so this will be the first time i'm writing the blog,thanks Aliah 4 helping me out..ni dah masuk 2 minggu blog ni ditinggalkan dalam keadaan kosong sampai Aliah pun dah bising.Hari ni tengah sambil2 mengadap komputer kat cyber terdetik nak tulis blog.Hari ni 10 muharram yang dimana kita digalak utk berpuasa.Apakah hebatnya dengan 10 muharram sehingga nabi berpuasa di dalamnya sejak sebelum hijrah lagi...

"Nabi tiba di Madinah, kemudian beliau melihat orang2 Yahudi berpuasa padahari asyura. Beliau bertanya:"Apa ini?" Mereka menjawab:"Sebuah hari yangbaik, ini adalah hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, maka Musa berpuasa pada hari itu sebagai wujud syukur. Maka beliau Rasulullah menjawab:"Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian(Yahudi), maka kami akan berpuasa pada hari itu sebagai bentuk pengagungan kami terhadap hari itu." (HSR Bukhari 4/244, 6/429)

saya pernah terbaca fatwa Dr Yusuf Qardhawi apabila ditanya tentang hukum berpuasa Asyura,Syeikhuna menjawab bahawa ia adalah satu ibadah sunat yang warid dengan hadis sahih sambil membawa hadis,

"Rasulullah ditanya tentang puasa Asyura, beliau menjawab:"Puasa itu dapat menghapuskan dosa-dosa kecil pada tahun kemarin."(HSR Muslim 2/818-819)

sambil beliau menambah, balasan puasa Asyura adalah hak Allah kepada hambaNYA.Seorang kawan bertanya kepada saya tentang berpuasa pada 10 muharram sahaja tanpa berpuasa pada 9 muharram.Kita digalakkan untuk berpuasa 10 muharram dengan disertai pada 9 muharam;

Rasulullah berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan berpuasa. Para sahabat berkata:"Ya Rasulullah, sesungguhnya hari itu diagungkan olehYahudi." Beliau bersabda:"Di tahun depan insyaAllah kita akan berpuasa pada tanggal 9.", tetapi sebelum datang tahun depan Rasulullah telah wafat." (HSRMuslim 2/798)

TETAPI ini tidak menjadikan berpuasa pada 10 muharram sahaja adalah salah...

Ini dikuatkan dengan pendapat Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari "Puasa asyura mempunyai 3 tingkatan, ygterendah berpuasa sehari saja, tingkatan diatasnya ditambah puasa padatanggal 9, dan tingkatan diatasnya ditambah puasa pada tanggal 9 dan 11.Wallahu a'lam."

Herm,tu sahaja buat kali ni....semoga ia menjadi detik permulaan didalam pengakhiran.
"Ya ALLAH kau terimalah segala amal ibadat hamba mu yang sering alpa dan jadikanlah kami istiqamah dalam ibadah".Wallahu a'lam.

1 comment:

cloxsy said...

''permulaan,satu titik dlm pengakhiran''..em..tersurat lg tersirat.haha.btw muqaddimah yg bgus.cewah.smoge blog ko ni dpt dimanfaatkn la ye..hrpnye xsia2 cm tu aje.keh salam~